Veteran ATM Parit Buntar Bangkit Buat Laporan Polis Terhadap Kenyataan Menghina

0
868

Parit Buntar – Veteran Angkatan Tentera di kawasan sekitar Kerian hari ini berhimpun dan membuat laporan polis berkenaan kenyataan menghina dan rasis dari seorang ahli perniagaan yang juga penyumbang dana Pakatan Harapan, Koon Yew Yin.

Mereka bangkit setelah kenyataan itu sewenang-wenangnya dilemparkan terhadap anggota ATM sebelum ini. Walaupun dalam keadaan marah, namum suasana dapat dikawal dengan baik oleh veteran yang hadir.

Berikut adalah laporan yang dibuat oleh Ahmad Jais Bin Ambri selaku ketua Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia Parit Buntar.

Tarikh : 16 Ogos 2019

Masa : 11 Pagi

Tempat : IPD Bagan Serai

Ahmad Jais Bin Ambri selaku ketua Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia (GRVATM) Parit Buntar merangkap wakil Parlimen Parit Buntar Pertubuhan Tentera Tidak Berpencen telah membuat laporan polis terhadap sebagaimana butir-butir tersebut.

1. Pada tarikh 13 Ogos 2019, saya telah membaca kenyataan seorang ahli perniagaan bernama KOON YEW YIN merujuk kepada kenyataan yang telah disiarkan Airtimes.my bertarikh seperti diatas ‘ANGGOTA TENTERA SEPERTI YANG TELAH DIKETAHUI HANYA MAKAN TIDUR SAHAJA, MAJORITI MEREKA TIDAK PERNAH MELEPASKAN TEMBAKAN MELAINKAN MENEMBAK PAPAN SASARAN. SEPATUTNYA MEREKA DIGUNAKAN UNTUK MENGGANTIKAN PEKERJA ASING YANG DIUPAH DI LADANG FELDA’ kenyataan tersebut telah dibaca oleh saya di Mydin Mall Parit Buntar.

2. Saya dapati kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau bersifat kurang ajar dan amat menghina seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, juga berbau rasis dan secara tidak langsung telah menghina kebawah DYMM Yang Dipertuan Agung selaku Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

3. Selain itu juga kenyataan beliau menghasut dan menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat awam tentang peranan dan kedudukan ATM seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan akta ATM.

4. Saya juga mendapati kenyataan beliau bersifat dan berniat jahat juga menghina dan mengelirukan berkenaan dunia ketenteraan khasnya dan dunia penjawat awam umumnya selain masyarakat awam.

5. Tujuan saya membuat laporan adalah memohon pihak polis melakukan penyiasatan terperinci terhadap kenyataan beliau dan individu-individu lain yang sejak akhir-akhir ini bertebaran dilaman sosial. Saya juga berharap agar kenyataan individu tersebut dan individu yang lain disiasat mengikut akta hasutan 1984 atau peruntukan undang-undang yang bersesuaian demi menjaga ketenteraman dan perpaduan awam agar terpelihara.

6. Sekian laporan saya.

Ahmad Jais Bin Ambri

Ketua GRVATM/PTTB Parit Buntar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here