Tuduhan Bermotif Dendam, Cuba Bunuh Karier Politik Saya – Yunus Jamhari

0
1002

Saya menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah jahat yang dilempar terhadap saya seperti laporan polis yang dibuat dan ditularkan pada hari ini.

Saya yakin, tuduhan keji ini dibuat untuk membunuh karier politik saya dan ianya telah bermula sejak Pemilihan Parti Keadilan Rakyat pada tahun lalu lagi semata-mata kerana pendirian teguh saya bersama Timbalan Presiden, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Konspirasi jahat ini kini diteruskan untuk menjatuhkan saya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak dan mensabotaj kepimpinan YAB Menteri Besar Perak khususnya menjelang Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah EXCO dalam masa terdekat.

Saya ingin menegaskan bahawa Saudara Beh Yong Kean yang membuat laporan polis ke atas saya adalah pemilik kilang haram di Tanjung Piandang.

Dalam hal ini, saya berpendirian tegas bersama Kerajaan Negeri dan beberapa agensi berkaitan yang sedang melaksanakan proses penguatkuasaan sesuai dengan syarat dan peraturan yang telah digariskan oleh Kerajaan Negeri.

Saya yakin, beliau mempunyai motif dendam ke atas saya memandangkan saya juga tidak menyokong kelulusan beberapa permohonan tanah yang dipohon oleh beliau sejak tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, saya percaya ada dalang disebalik tindakan jahat ini dan beliau telah diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu bagi mencalarkan integriti dan imej saya sebagai EXCO Kerajaan Negeri.

Untuk maksud itu, saya akan membuat laporan polis bersangkut tuduhan jahat dan laporan palsu yang dibuat oleh beliau ke atas diri saya.

Saya juga ingin menggesa seluruh rakyat khususnya di Negeri Perak untuk bersama menolak segala konspirasi jahat yang cuba mengganggu gugat pentadbiran dan meremehkan institusi Kerajaan Negeri melalui fitnah jahat seperti ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here