Tips Dan Panduan Bagi Jemaah Yang Bakal Menunaikan Haji

0
187

Haji merupakan salah satu bentuk ibadah dengan mengunjungi dan melakukan beberapa kegiatan di sekitaran ka’bah di kota Makkah dan madinah. Kegiatan ini berupa lempar jumrah, tawaf, berjalan dari bukit shafa ke bukit marwah dan beberapa kegiatan lainnya berdasarkan rukun haji yang telah ditentukan. Haji utamanya dilakukan pada bulan dzulhijjah.

Namun karena ibadah ini harus dilakukan langsung di kota Makkah dan kota Madinah, maka seharusnya memang memerlukan biaya yang tidak sedikit. Selain biaya transport dan akomodasi selama berada di kota Makkah dan Madinah, kegiatan haji ini juga harus menyiapkan keperluan keluarga dan saudara yang akan anda tinggalkan.

Oleh karena itu, meskipun berangkat pergi haji ini memang salah satu rukun islam sehingga menjadikannya wajib untuk dilakukan, namun karena tak semua orang memiliki modal yang cukup untuk pergi berhaji, dan karena islam selalu mempermudah orang-orang yang dalam kesulitan, pergi berhaji hanya di wajibkan kepada mereka yang mampu secara moril dan materiil.

Berikut adalah sedikit perkongsian dari Ismi Yatie Ummu dan diolah editor I Am Parit Buntar untuk bakal jemaah haji yang akan berangkat pergi menunaikan Rukun Islam yang ke 5 bersama Tabung Haji.

Penerangan ada pada setiap gambar


Mudah2an dapat memberi idea & gambaran kpd antum bakal haji hajah.

Jemaah yang sudah berkahwin pergi ke tanah suci dengan pasangan, sepanjang di Makkah & Madinah tidak akan ditempatkan sebilik bersama pasangan masing-masing. Namun biasanya ditempatkan bersebelahan atau di tingkat yg sama.
Setiap maktab di Makkah ada sediakan “Bilik Berkat” utk pasangan duduk berduaan jika keadaan memerlukan dengan sedikit bayaran dikenakan.

Ini adalah bilik suami-suami kepada 3 lagi rakan sebilik yg terletak di sebelah kiri bilik kami.
Alhamdulillah..mudah utk setiap pasangan berurusan sesama sendiri.


Ini pula bilik kami.
Dinasihatkan untuk bawa tikar nipis sebegini yg banyak kegunaannya.
Antaranya:-
1. Alas untuk duduk-duduk bersantai/makan bersama pasangan di ruang depan bilik hotel.
2. Alas duduk di masyaer nanti.

Ini katil & barang-barang saya.
Ada 1 bantal & 1 selimut tebal.
House keeper akan datang sapu sampah, tukar cadar, sarung bantal & tuala setiap selang beberapa hari.
Berkongsilah apa juga kemudahan yg ada di bilik antum.
Elakkan bersikap pentingkan diri sendiri. Ingat..setiap perkara baik/buruk yg kita buat di sana..pahala/dosa 100,000x ganda..

Ruang depan bilik kami.
Idea rakan sebilik yg menggantung langsir pembahagi di situ sangat bermanfaat. Dapat membantu rakan lain menjaga aurat dgn sempurna bila kdg2 ada encik2 suami yg menjengah masuk.

Cuma guna hook penyangkut yang dilekatkan ke dinding & tali untuk ikat di bucu kain. Kreatif la sikit ye.

Dinasihatkan untuk membawa extension wire juga sebab plug point terhad. Nanti berebut pula nak caj handphone/powerbank..masak air..

Ruang pantri.
Boleh la disimpan stok makanan minuman masing-masing di sini. Jangan lupa bawa sabun pencuci pinggan & span untuk mencuci bekas makanan/minuman. Jika nak beli di sana pun boleh, tapi saya prefer bawa sendiri sebab menjimatkan. Letak aje dalam botol-botol kecil saiz 100ml & simpan dalam luggage. Insya Allah lulus pemeriksaan di airport.

Oh ya..saya mencadangkan bakal jemaah bawa sendiri mug/kole, sudu garfu, mangkuk bertutup/food container & pisau kecil untuk kegunaan sendiri.

Stok makanan/minuman yg digalakkan utk dibawa (boleh beli di sana, tapi harganya agak mahal):-
1) minuman 3in1 (pihak muassasah ada menghadiahkan sedikit teh, creamer, nescaffe & gula)
2) serunding/sambal hitam/sambal bilis/acar dan lain-lain yang serupa dengannya
3) mee segera (paket)

Almari baju,
Berkongsilah dengan rakan sebilik antum. Bawa hanger secukupnya atau boleh beli di sana. Tapi saya bawa sendiri je dari rumah. 6 hanger pun sudah memadai.

Baju-baju juga bawa sekadarnya. Saya cuma bawa:-
5 pasang jubah (2 putih 3 warna lain)
5 helai seluar (dipakai didlm jubah)
5 telekung (1 set lengkap dgn kain)
4 pasang tudung berdagu
2 tshirt
2 kain batik
5 stokin
3 handsock
5 anak tudung
5 set pakaian dalam
1 Tuala mandi
1 inner (utk baju putih)


Botol air yang berderet tu ialah stok air zam-zam.
Setiap kali ke masjid, saya mesti bawa balik 2 3 botol utk diminum di dalam bilik. Masing-masing ada cara tersendiri untuk kumpul air zam-zam ni. Yg penting, di Tanah Suci ini, minumlah air zam-zam yang barokah ni sepuas-puasnya.

Alhamdulillah..kami satu-satunya maktab yang bertuah disediakan fasiliti mesin basuh secara percuma. Untuk tahun ini, belum pasti kemudahan ini masih disediakan atau tidak. Berdoalah moga-moga dikekalkan & diperbanyakkan ke maktab yang lain juga. Sangat-sangat membantu para jemaah & menjimatkan.

Nasihat kpd bakal jemaah, bilamana pihak hotel dah berbesar hati memberi kemudahan sebegini, gunalah dgn cermat & berhemah. Anggap macam harta sendiri yang kita rasa sayang nak dirosakkan sewang-wenangnya.
Berkongsi & jangan pentingkan diri sendiri.

Untuk tujuan laundry ini, apa yg perlu antum sediakan ialah:

1) sabun cuci baju. Saya beli jenis serbuk jenama Daia yg telah dipek kecil2. 2 bundle saya beli dari Malaysia cukup utk 44hari saya di Makkah & Madinah. 
2) hanger baju. 6pcs sudah memadai buat saya. 
3) sepit baju. Ini penting utk elakkan baju2 yg disidai berterbangan ditiup angin.lagi2 yg menyidai baju di roof top.
4) tali ampaian. 
5) hanger bulat utk sidai pakaian kecil2..spt stokin, handsock dll.

Jika memerlukan baldi, gayung dan lain-lain boleh beli di sana.
Tapi saya hanya guna beg plastik besar/paper bag sahaja untnk letak baju-baju siap dicuci sebelum disidai.
Rendam baju pun dalam sinki di bilik mandi saja. Cuma harus diingat, bila kita gunakan barang kemudahan bersama ni, kena lebih prihatin dgn org lain. Jgn sampai susahkan org lain semata-mata nak mudahkan diri kita.

Wifi internet dah jadi keperluan sekarang. Sementara jemaah belum ramai, lajulah.
Bila dah makin ramai, faham-faham sendirilah ye. Lebih mudah langgan sendiri.
Ada Mobily, Lebara..pilih je mana 1 yg ok. Saya guna Lebara & almost 200riyal. Saya guna untuk kredit panggilan & mobile internet di sana.
Maklumlah, hari-hari ber”whatsapp video call” dgn anak & family di Malaysia..😅

Kemudahan bagi para jemaah mendapatkan pengangkutan untuk berniat di miqat (umrah) sebelum & selepas masyaer. Boleh juga join rombongan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Makkah dengan bayaran yang berbaloi.
Berhati-hati jika menggunakan khidmat teksi untuk pergi bermiqat kerana ramai pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan menaikkan harga berganda-ganda.


Untuk panduan, sebelum Masyaer harga teksi dari kawasan sekitar Ajyad ke Tanaeem hanya sekitar 40-60 riyal per teksi. Jika pemandu meminta bayaran lebih daripada ini, jangan cepat bersetuju.

Manakala selepas Masyaer, tambang teksi akan naik lebih lagi sehingga ada teksi yang mengenakan caj sebanyak 200 riyal. Berhati-hati dan cubalah untuk tawar menawar.

Tips lain, pastikan antum membayar tambang teksi sebaik sampai ke masjidil haram. Teksi tidak akan menunggu antum di Tanaeem (atau lain2 tempat miqat) jika antum bayarkan tambangnya sesampai di tempat miqat & antum keluar sebentar untuk bersolat di masjid tersebut.


Selalulah alert (peka) degan kelas-kelas penerangan yang pihak Tabung Haji sediakan untuk memantapkan lagi pengetahuan bagi menunaikan haji.
Apa jua kemusykilan, rujuklah kepada ustaz ustazah yang telah disediakan di setiap maktab.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan bakal-bakal haji diterima amalannya.

Kongsikan buat yang akan berangkat.









LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here