Tiada Keluhan Rakyat Sempena Aidilfitri, Bukti Rakyat Selesa Dengan Kerajaan

0
587

IPOH – “Itulah Pas. Itulah wajah sebenarnya Pas. Setiap kali adanya, muktamar mereka akan ada satu fatwa baharu, ada hukum-hukum terbaharu,”

Demikian reaksi Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengenai kenyataan Ketua Ulamak Pas Pusat Datuk Dr Muhammad Nik Zawawi Salleh menyeru ahli Pas wajib menjatuhkan kerajaan PH hari ini.

Menurut Hasnul Zulkarnain, Pas seharusnya berpijak kepada realiti politik hari ini dan bukannya masih dengan politik yang menyentuh keagamaan serta perkauman.

Katanya, banyak faktor telah membuktikan rakyat negara ini sudah cukup selesa di bawah pentadbiran kerajaan sedia ada.

“Buktinya, pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu dan ketika ini, tidak ada keluhan rakyat tentang kenaikan harga barang dan hari ini kita lihat sambutan rumah terbuka, hari-hari ada dan itu tandanya rakyat selesa dengan kerajaan sedia ada.

“Selain itu, sehingga ke hari ini, dah banyak kebaikan yang kita lakukan seperti pembanterasan jenayah dan program-program kebajikan seperti pelancaran kad prihatin selain penambahan bajet kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam

“Tidakkah mereka melihat itu sebagai satu kewajipan yang dituntut oleh Islam itu sendiri? Tidakkah itu menjaga rakyat?,” katanya ketika ditemui pada majlis Jamuan Aidilfitri Jawatankuasa Pelaksana Informasi dan Multimedia di Kompleks Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Beliau berkata, dalam hal tersebut tidak boleh ada sebarang kekhilafan.
“Strategi politik Malaysia, tak ada satu parti politik yang boleh perintah secara individu, mesti bekerjasama dengan parti-parti lain dan Pas berdepan dengan PH, hukumnya wajib menjatuhkan kerajaan sedia ada ketika ini. Hukumnya wajib.

“Perkara ini kita jangan khilaf. Kita bergerak ke hadapan dan jangan banyak toleh ke belakang,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-65 semalam.

Dalam perkembangan berbeza, Hasnul Zilkarnain yang juga exco Komunikasi, Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) ini juga berharap agar majlis Aidilfitri akan berterusan selepas ini.
Jelasnya, majlis sedemikian juga bakal dilaksanakan di lokasi-lokasi seperti di rumah orang-orang tua, rumah anak anak yatim dan sebagainya.

“Ini selaras dengan saranan Menteri Besar agar majlis seperti ini dapat ‘turun’ ke ‘bawah’ menemui golongan kurang bernasib baik.
“Mungkin di rumah orang-orang tua, anak yatim termasuk penempatan orang asli untuk kita raikan kegembiraan ini bersama-sama,” katanya. SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here