Tarian Separuh Bogel Di Majlis Perkahwinan Dikecam Netizan

0
3549

Ahya Rosli selamat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan yang bertemakan konsep traditional semalam. Namun majlisnya menjadi bualan apabila dipersembahkan tarian bogel ketika makan beradab berlangsung.

Liana Rosli yang juga kakaknya telah memuat naik video di Insta Story beliau beberapa siri video seorang lelaki yang menyerupai wanita, berpakaian ala-ala bikini, lincah menari seksi di depan tetamu.

Perkongsian itu mendapat tentangan dan kritikan netizen Malaysia. Ramai berpendapat majlis itu sepatutnya tidak dicemari aksi kurang sopan dihadapan tetamu. Lagi-lagi konsep majlis itu bertemakan Melayu Tradisional.

Lain pula pendapat Ayha selaku pengantin lelaki yang berpendapat, tarian itu sekadar hiburan sahaja buat tetamu yang hadir pada majlis persandingannya semalam, dan tidak perlu diperbesarkan.

“Saya tak kisah apa orang nak kata mengenai majlis persandingan saya. Persembahan itu sekadar hiburan sahaja. Suka hati saya la nak panggil siapa buat persembahan. Itu kan majlis perkahwinan saya, saya yang keluar duit bukan netizen,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here