Peguam, aktivis dan ahli politik (PKR), Latheefa Koya telah membuat satu hantaran di laman facebook nya hari ini.
Hantaran itu mendapat kritikan masyarakat terutamanya yang beragama Islam. Beliau membuat hantaran berkenaan berkenaan TIDAK SETUJU PAKAI TUDUNG SECARA PAKSA.
Berikut adalah tulisannya

saya pakai tudung atas keinginan sendiri. saya mula2 pakai tudung masa tingkatan 6. saya dari assunta – jadi semasa saya pakai – adalah sebagai satu tanda rebel, bukan sangat sebab saya nak jadi “alim”.
sebab ketika itu saya terbaca orang yang pakai tudung di negara lain seperti di turki, mesir dianiaya dan tidak dibenarkan, saya rasa marah.
tetapi saya pakai tudung ni – agak fluid lah, maksudnya, masa saya mula-mula pakai – kadang-kala saya buka, kadang kala saya pakai, sebab rimas, tak biasa, malu, etc.
Tetapi akhirnya setelah beberapa tahun lalu, saya rasa selesa pakai tudung, telah jadi “second nature”, tak pikir pun apa ada atas kepala saya tu. Selalu kena tegur oleh kawan-kawan sebab tudung saya senget, hahaha.
Namun SAYA LANGSUNG TIDAK SETUJU orang dipaksa pakai tudung! Itu bukan cara Islam. Tiada paksaan dalam Islam. Mana pergi prinsip ini.
Hanya semata-mata seorang tak pakai tudung – adakah dia akan masuk neraka? adakah dia jadi murtad? adakah dia jadi seorang perempuan yang jalang? come on lah.. itu adalah satu pemikiran ekstremis.
Dan saya juga tidak setuju kalau pengajaran Islam adalah hanya berasaskan pemakaian. kalau pakai tudung, adakah maksudnya dia itu alim? Kita tahu zaman ini, ianya mengambil lebih dari hanya satu helai kain atas kepala untuk mencerminkan akhlak yang mulia. Bukan sekadar tudung sahaja. Biarlah orang nak bincang kenapa dia buka tudung atau pakai tudung.
Tidak bermakna orang yang dengar atau hadiri forum itu akan terus luntur imannya.
Biar seseorang wanita itu bebas memikir dan memilih sama dia mahu berhijab atau tidak.
Janganlah mencerminkan orang Islam itu terlalu rapuh dan obses kepada bentuk badan, dan rambut, dan seks.