Sultan Pahang insaf dan sebak

0
45

“Saya turut insaf dan merasa kerdil pula tubuh ini, kerana takhta ini diwarisi dari ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billa ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Shah.

“Baginda merupakan seorang raja pemerintah yang adil, berbudi luhur bukan kepalang dan dikasihi serta disanjungi oleh setiap lapisan rakyat. Legasi pemerintahan Paduka Ayahanda tiada bandingannya. Ia akan terpahat segar dalam lipatan sejarah,” titah Tuanku.

Tuanku Sultan Abdullah sebak ketika menyampaikan Titah Ikrar Ulung Baginda sebagai Sultan Pahang yang ke-VI pada Selasa 15 Januari 2019. Suara Tuanku tersekat-sekat menahan sebak apabila menyentuh berkenaan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

Pengisytiharan Tuanku sebagai Sultan Pahang ke-enam, dibaca oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman.Sultan Abdullah dipersetujui Majlis Jumaah Pangkuan Diraja dalam satu mesyuarat khas di Kuala Lumpur, 11 Jan lepas, bagi menggantikan ayahandanya yang sedang gering.

Turut terkesan dengan ucapan Titah DiRaja, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga mengesat air mata titah disampaikan di Balairung Seri dan Dewan Santapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here