Siapa Lebih Berkuasa?Kementerian Pelajaran Atau PIBG? – Tunku Azizah

0
882

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membangkitkan bidang kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menentukan pembelajaran Jawi di sekolah vernakular.

“Siapa lebih berkuasa? 

“Kementerian pelajaran atau PIBG?” soal baginda di Twitter yang menggunakan tulisan Jawi.

Awal minggu ini, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dilaporkan berkata pengajian Jawi di sekolah vernakular tertakluk kepada kelulusan PIBG.

Dalam tweet yang lain, baginda menghuraikan lanjut peranan PIBG

“Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. 

“PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian,” tulis baginda.

Baginda juga menegaskan Jawi sebagai warisan orang Melayu harus diguna dan dimartabatkan supaya ia senang dibaca.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here