Seorang Guru Juga Terlibat Dalam Fitnah, YB Yunus Lapor Kementerian Pendidikan

0
1505

Kenyataan Media
14 Julai 2019

Saya teliti laporan polis yg dibuat oleh Encik Beh Yong Kean. Ada 2 tuduhan iaitu mengambil komisen dan membocorkan dokumen sulit. Jawapan saya ialah:-

■ Saya sekali lagi menafikan dengan keras segala tuduhan dan fitnah jahat yang dilempar terhadap saya seperti laporan polis yang tular sejak semalam.

■ Saya wakil rakyat 3 penggal gaji elaun sebagai adun dan exco sudah cukup. Tahun 2009 saya tolak rasuah puluhan juta untuk melompat parti. Amat pelik jika saya ingin mengambil rasuah beberapa ratus ribu seperti yang dituduh sekarang.

■ Saya dan pegawai2 pusat khidmat setiap minggu atau bulan akan bermesyuarat, banyak dokumen serta surat-surat kerajaan yang dibincangkan untuk menyelesaikan pelbagai aduan dan masalah rakyat.

■ Saya kongsi pelbagai maklumat dan data dengan pegawai2 khas dan kakitangan pejabat atas kapasiti sebagai wakil rakyat dalam urusan rasmi. Apa masalahnya? Pengadu sendiri pun telah mengaku beliau adalah pegawai khas saya sebelum ini.

■ Saya juga ingin tegaskan bahawa Encik Beh Yong Kean yang membuat laporan polis ke atas saya adalah pemilik kilang haram di Tanjung Piandang yang kini dalam proses tindakan penguatkuasaan oleh beberapa agensi.

■ Saya yakin, beliau juga mempunyai motif dendam ke atas saya memandangkan saya juga tidak menyokong kelulusan beberapa permohonan tanah yang diminta oleh beliau sejak tahun yang lalu.

■ Selain laporan polis yang dibuat oleh saya pagi ini saya juga akan membuat satu laporan kepada Lembaga Disiplin parti berkaitan penglibatan beberapa individu anggota parti yang terbabit dalam kes fitnah serta tuduhan palsu yang dilempar terhadap saya.

■ Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia tentang penglibatan seorang guru yang turut bersubahat melakukan fitnah dan tuduhan palsu dengan tujuan menjatuhkan saya dan menggugat kestabilan kerajaan.

YB Abdul Yunus Jamhari
EXCO Kerajaan Negeri Perak & ADUN Kuala Kurau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here