Semburit : Pengerusi PKR Perak Ditahan Reman

0
701

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bersama seorang lagi lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan isu video intim yang dikaitkan dengan seorang Menteri Kabinet.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
“Saya sahkan dua individu itu direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes video tersebut.

“Seorang lagi lelaki yang juga ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan selepas keterangannya diambil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Semalam, Farhash Wafa yang juga adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan bersama dua individu di sekitar Johor Bahru kira-kira jam 2.30 petang.

Terdahulu, pada Ahad lalu, Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dalam isu video intim tersebut turut ditahan bersama lima lagi lelaki di sekitar Lembah Klang.

Haziq bersama lima lelaki tersebut kemudian direman selama enam hari.
Dalam tangkapan ini, beberapa unit telefon bimbit turut dirampas. SH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here