RON 97 Naik Satu Sen, RON 95 Dan Diesel Kekal

0
139

Kementerian Kewangan Malaysia melalui satu siaran media sebentar tadi mengumumkan bahawa harga runcit Petrol RON 97 naik satu sen menjadi RM 2.81 seliter.

Manakala harga runcit petrol RON 95 dan Diesel kekal masing-masing pada harga RM 2.08 dan RM 2.18 seliter.

Harga baru runcit untuk Petrol dan Diesel ini terpakai bagi tempoh 27 April sehingga 3 Mei depan. Kerajaan turut mengumumkan anggaran subsidi yang ditanggung kerajaan sepanjang tempoh ini adalah sebanyak RM 133.62 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here