RON 95 Turun 18 Sen, RM 1.89 Seliter

0
309

Putrajaya, 6 Mac:  Kementerian kewangan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol RON95 sebanyak 19 sen, RON97 sebanyak 21 sen dan diesel, 17 sen mulai esok hingga 13 Mac ini.Harga RON95 dikurangkan daripada RM2.08 kepada RM1.89,

RON97 daripada RM2.40 kepada RM2.19. Diesel daripada RM2.13 kepada RM1.96 seliter.

Penurunan ini merupakan yang paling banyak setakat ini sejak Kementerian Kewangan mengumumkan penetapan harga siling RON95 dan diesel pada kadar RM2.08 serta RM2.18 seliter pada 27 Feb 2019 lepas.

Kerajaan ketika ini, Perikatan Nasional adalah kerajaan baharu dibentuk setelah kerajaan Pakatan Harapan tumbang tidak sampai setengah penggal ekoran parti PPBM yang mempunyai 26 ahli parlimen dan 10 ahli parlimen PKR keluar dari Pakatan Harapan. – Buletin TTKM-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here