Rokok Seludup Dirampas – Bekalan Mungkin Terputus

0
399

Nampaknya, ini mungkin menjadi berita yang agak kurang baik bagi mereka yang mencari-cari rokok seludup apabila kira-kira 3,191 karton rokok seludup telah dirampas Pasukan Polis Marin yang bernilai lebih RM301,245.

Rampasan yang pertama dilakukan di Kampung Janglau, Kuala Rompin itu telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 64 tahun yang memiliki sebanyak 251 karton rokok pelbagai jenama yang disimpan di dalam rumah.

Pihak polis juga memaklumkan bahawa serbuan kedua turut berjaya dilakukan empat jam kemudian di sebuah bangunan terbengkalai di kawasan muara sungai di Kampung Tanjung Gemok, Kuala Rompin yang menyimpan sebanyak 2,940 karton rokok berjenama International Rexo di dalam sebuah van bewarna putih.

Jadi, bertabahlahnya bagi mereka yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan selepas ini. OhMedia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here