RM 535,687 Bakal Menjadi Rebutan. Jutawan Anjur Battle Royale Alam Nyata

0
99

Bagi peminat permainan battle royale seperti PUBG, Fortnite dan sebagainya, ini adalah berita yang menarik untuk anda.

Seorang jutawan yang tidak didedahkan identitinya sedang dalam perancangan untuk menganjurkan perlawanan “battle royale” alam nyata tidak lama lagi.

Namun anda tidak perlu risau kerana pemain bukanlah perlu berbunuhan menggunakan senjata api sebenar, akan tetapi hanya menggunakan senapang Airsoft sahaja.

Tembakan yang mengenai pemain akan dikesan melalui baju perisai khas yang mempunyai pengesan sentuhan atau touch-sentitive armour.

Pertandingan tersebut akan mengambil masa selama tiga hari, di mana tempoh pertandingan hanyalah 12 jam sehari dan pemain perlu tidur di khemah pada waktu malam.

Lapar? Jangan takut, pihak penganjur akan menyediakan makanan untuk anda. Seperti dijangka, pemain terakhir yang “masih hidup” akan dipilih sebagai pemenang.

Hadiah chicken dinner-nya pula bukanlah kecil. Pemenang akan menerima wang tunai sebanyak £100,000(~RM535,678).

Penganjur kini sedang mencari mereka yang berminat dalam membangunkan arena pertempuran berkenaan dan para pekerja bakal diberikan gaji lumayan iaitu sebanyak £1,500(~RM8570) setiap hari selama enam(6) minggu.

Bagi anda yang berminat untuk terlibat dalam pembangunan kawasan pertandingan ini, anda boleh mengisi borang di laman HushHush melalui pautan ini.

Sumber : wiser.my , HushHush

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here