Restoran dan kaki ponteng puasa diserbu

0
64

Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Parit Buntar, Khairul Nizam Mat Nor bersama pegawai Pejabat Kesihatan Kerian dan Majlis Daerah Kerian menyerbu beberapa premis berkenaan yang menjual makanan kepada ‘kaki ponteng’ puasa.

Hasil pemeriksaan, puluhan bungkusan minuman ditemukan dalam bekas khas di bahagian dapur dan diletakkan di atas meja di hadapan premis bagi memudahkan pelanggan membelinya.

Serbuan hasil maklumat orang awam dan dilakukan sebagai pencegahan bagi memastikan umat Islam menghormati bulan Ramadan.

Pengusaha beberapa premis makanan di pusat bandar di sini menjual makanan secara terbuka kepada umat Islam seawal jam 11 pagi. Ketika serbuan dijalankan beberapa individu kaki culas puasa bertempiaran melarikan diri, malah ada antara mereka melarikan diri menggunakan pintu belakang premis.

Ada antara pelanggan dengan berani mengaku makanan dan minuman yang dibeli adalah untuk diri sendiri kerana melakukan kerja berat. Turut hadir Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Parit Buntar, Mohd Azhar Mat Yunan. Khairul Nizam dan pihaknya memberikan amaran dan nasihat kepada pihak berkenaan supaya menghormati bulan Ramadan.

Pihaknya dimaklumkan sekurang-kurangnya 10 premis yang menjadi sasaran di Parit Buntar yang menjual makanan dan minuman kepada orang ramai sebelum waktu dibenarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here