Remaja Perempuan Kantoi Bawa Kekasih Balik Rumah

0
948

KULIM – Tindakan seorang remaja wanita membawa pulang kekasihnya ketika keluarganya sedang tidur di Kampung Padang Tembak di sini akhirnya mengundang padah.

Perbuatannya itu dikesan anggota Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang melakukan serbuan di rumahnya pada jam 1.59 pagi setelah menerima aduan penduduk di situ.

Ketua Penguatkuasa PADK, Anwar Sariffudin Mat Saad berkata, serbuan yang dilakukan tiga anggota PADK itu mendapati remaja yang berusia 18 tahun dan kekasihnya 20 tahun, sedang tidur bersama di lantai luar rumah beralaskan tilam toto dan dikelilingi sofa.

“Hasil soal siasat mendapati mereka belum berkahwin dan bukan mahram.
“Ketika tangkapan ibu dan adik remaja perempuan itu sedang tidur,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu ditahan bawah Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat. SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here