“Rakyat Akan Keliru, A kata A, B kata B – TSMY

0
340

Pandangan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa perlembagaan negeri Johor terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu terbentuk harus dibincangkan oleh pakar, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Menjelaskan perbezaan pendapat antara perdana menteri dan Istana Johor bukan suatu perkara baik, Muhyiddin berkata perbincangan harus diadakan bagi mengelakkan kekeliruan rakyat.

“Katalah Tun kata betul yang tafsiran TMJ (Tunku Mahkota Johor) tak betul. Ini mesti ada orang yang mengesahkan mana satu betul.

“Mesti ada satu usaha dibuat kalau babitkan soalan perlembagaan, pakar tertentu. 

“A kata A, B kata B, rakyat akan keliru.

“Jadi bagi saya bukan satu perkara yang baik. Jadi bila kena kata boleh duduk bincang, termasuklah perkara ini,” kata Muhyiddin kepada pemberita ketika ditemui di Petaling Jaya hari ini.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada kerajaan persekutuan agar membincangkan isu itu secara matang.

Beliau berkata ini termasuk penafsiran mengenai perlembagaan negeri. MKini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here