Premis Gagal Pamer Tulisan Jawi Di Kuantan Akan Dikompaun

0
115

KUANTAN – Pemilik premis perniagaan yang gagal melaksanakan tulisan jawi pada papan tanda premis dan papan iklan di daerah ini boleh dikompaun sehingga RM250 bagi satu kesalahan bermula tahun depan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Abd Rahim Muda berkata, kompaun itu akan berkuatkuasa selepas proses pendidikan yang dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilaksanakan sejak tahun lalu hingga Disember ini berakhir.

“Pelaksanaan tulisan jawi bermula Pekan sejak tahun 2005 dan dilakukan secara berperingkat di daerah lain. Kerajaan memperluaskan pelaksanaannya selepas kejayaan di Kuantan.

Abdul Rahim (3 dari kanan) ketika menghadiri program di Balok.

“Walaupun belum memuaskan tetapi pemilik premis di daerah ini proaktif melaksanakannya,” katanya pada sidang akhbar Program Sayangi Pantai Kita di Pusat Rekreasi Balok di sini hari ini. Abd Rahim (tiga kanan) ketika menghadiri program Sayangi Pantai Kita di Balok di sini, hari ini. 

Penguatkuasaan tulisan jawi dilakukan susulan titah Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah pada 13 November tahun lepas bagi memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak PBT daerah lain di seluruh negeri menggerakkan usaha pendidikan terhadap seluruh premis perniagaan di kawasan mereka sebelum disusuli tindakan kompaun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here