Polis Haramkan Mercun Dan Bunga Api Menjelang Aidilfitri

0
357

IPOH- Menjelang musim perayaan hari Raya Aidilfitri 2019, PDRM Perak melarang mana-mana individu memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api.

Menurut satu kenyataan dari Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, hanya mercun dan bunga api yang dibenarkan sahaja iaitu dari jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ sama seperti spesifikasi yang telah ditetapkan.

Katanya, tindakan tegas akan diambil oleh pihak polis jika ada mana-mana individu yang memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga tanpa kebenaran.

“Pesalah akan dikenakan tindakan bi bawah Peraturan 74 hingga 78 Explosive Rules 1923,” katanya. PT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here