PH Perak Tumbang, 32 ADUN Bentuk Kerajaan Baharu

0
2807

IPOH: Kerajaan negeri Perak berubah selepas 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersetuju membentuk kerajaan baharu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berkata, kerajaan negeri kini terbentuk hasil gabungan wakil rakyat UMNO (25 kerusi), Pas (3 kerusi) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (4 kerusi).

Jelasnya, Bersatu mendapat pertambahan dua lagi kerusi selepas penyertaan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Gambar : BERNAMA

“Saya dengan ini ingin memaklumkan bahawa kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, UMNO dan Pas negeri Perak telah mencapai persetujuan untuk membentuk sebuah gabungan baru.

“Gabungan ini melibatkan empat ADUN daripada Bersatu iaitu saya sebagai ADUN Chenderiang dan ADUN Sg Manik Datuk Zainol Fadzi, serta dua lagi ADUN yang telah menyertai Bersatu, iaitu ADUN Kuala Kurau Datuk Abdul Yunus Jamhari dan ADUN Tualang Sekah Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

“Selain itu, gabungan ini turut melibatkan kesemua 25 ADUN daripada UMNO dan 3 ADUN daripada Pas.“Dengan gabungan ketiga-tiga parti ini, maka Perikatan Nasional Negeri Perak dapat menubuhkan Kerajaan Negeri Perak yang baru, dengan jumlah majoriti 32 Ahli Dewan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media khas yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Keputusan itu sekali gus menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terbentuk pada Mei 2018 runtuh.

Ahmad Faizal bagaimanapun menyatakan bahawa sehinggi kini beliau masih menjadi Menteri Besar

Berita Penuh : http://www.astroawani.com/berita-politik/ph-terkubur-di-perak-32-adun-bentuk-kerajaan-baharu-232970

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here