Perak Negeri Pertama Mewajibkan ADUN Isytihar Harta

0
127

IPOH: Perak menjadi negeri pertama mewajibkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengisytiharkan harta mereka dan ahli keluarga terdekat iaitu suami, isteri atau anak dalam akuan berkanun. 

Usul itu yang dibawa oleh ADUN Pasir Berdamar, V. Raja Terrance Naidu pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri ke-14 diluluskan selepas mendapat sokongan ramai, hari ini. 

“Ini satu komitmen kerajaan negeri untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa DUN ini amat komited dalam memerangi rasuah,” katanya pada sidang media di luar persidangan DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini. 

Menurut Nga, setiap ADUN diberi tempoh tiga bulan atau sehingga 23 Okt untuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga terdekat dengan cara mengisi borang yang kemudian diserahkan kepada Speaker DUN untuk dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 

Katanya, mana-mana ADUN yang gagal berbuat demikian boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak. 

“Mereka yang gagal boleh digantung daripada menghadiri persidangan DUN selama enam bulan hingga setahun, bergantung kepada jawatankuasa,” katanya. 

Pada 1 Julai, Dewan Rakyat meluluskan usul mewajibkan semua ahli Parlimen termasuk pembangkang untuk mengisytiharkan harta, dan semalam usul sama diluluskan di Dewan Negara. 

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here