[VIDEO] Penyanyi Wanita India Dodoikan Anaknya Dengan Zikir Hasbi Rabbi

0
1170

Sebagai seorang umat islam, kebiasaanya jika mempunyai anak kecil dan bayi, mereka ini akan selalu didodoikan dengan alunan zikir-zikir sebelum tidur. Tidak kisahlah sama ada alunkan sendiri oleh ibu bapa ataupun zikir tersebut dipasang hanya melalui telefon pintar.

Satu pengakuan dari seorang artis wanita Sithara Krishnakumar, menjadi tular dalam kalangan warga Twitter di Malaysia. Wanita ini telah membuat satu kenyataan yang mengejutkan, dalam sebuah rancangan bual bicara Tamil di India.

Ditanya oleh pengacara lagu dodoikan anak

Pengacara telah mengajukan soalan kepada penyanyi ini, lagu apakah yang sering dinyanyikan olehnya sewaktu mendodoikan anaknya. Jawapan yang keluar dari mulut wanita ini sangat menarik perhatian dan membuatkan potongan video tersebut tular serta merta di Malaysia.

Sithara krishnakumar (non muslim) penyanyi latar popular di Kerala India. Dlm program ni pengacara tanya, apakah lagu yang dinyanyikan untuk mendodoikan anaknya. Sithara kata ada byk lagu dia nyanyi. Yg jadi perhatian, anaknya kerap mahukan satu lagu arab yg berbunyi begini…..

Dodoikan anak dengan zikir rupanya!

Rupa-rupanya, penyanyi wanita ini mengalunkan zikir Hasbi Rabbi sebagai lagu untuk mendodoikan anak. Kata wanita ini lagi, walaupun sudah banyak jenis lagu yang dinyanyikan, namun anaknya tetap mahukan lagu yang beralun dan berbahasa arab.

Ramai yang terpegun…

Sewaktu Sithara Krishnakumar mengalunkan sedikit zikir Hasbi Rabbi ini, ramai yang terkesima dengan suaranya itu. Walaupun dia berlainan agama, tetapi masih lagi mampu mengalunkan zikir ini dengan hampir sempurna.

Meremang bula roma…

Agak-agak dia tahu tak maksud zikir ni…

Alhamdulillah, orang bukan islam pun suka dengar dan alunkan zikir. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah.

Sumber: Iamajayrahman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here