Penjual Durian Wajib Ambil Permit Atau Berdepan Tindakan

0
605

Penjual buah bermusim, terutama yang menjual durian, perlu memohon izin untuk menjual buah-buahan.

Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang Wong Yuee Harng berkata permit itu akan sah dari sekarang hingga Ogos tahun ini. “Kami menggesa peniaga untuk mengemukakan permohonan mereka untuk pertimbangan kami.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang beroperasi tanpa permit,” katanya semasa sidang akhbar di jabatan pelesenan majlis bandar raya di Jalan Padang Kota Lama pada hari Rabu.

“Warga asing adalah sama sekali tidak dibenarkan mengendalikan gerai. Peniaga juga tidak dibenarkan menggunakan polistirena untuk membungkus atau memaparkan buah-buahan,” kata Wong.

Operator gerai juga haruslah memastikan pengurusan sisa yang betul dengan sampah di letakkan di tempat yang sesuai di tapak.

Kadar bayaran untuk lesen sementara ialah RM1 setiap hari untuk setiap 40 kaki persegi. Peniaga juga perlu membayar RM6 setiap hari untuk pembersihan sampah, katanya.

Beliau menambah bahawa bayaran kanopi secara one-off atau pembayaran sekali sahaja sebanyak RM100 (400sq ft dan ke bawah), RM200 (400 – 800sq kaki) dan RM300 (800 – 1200 kaki persegi).

Peniaga perlulah mengemukakan permohonan mereka di jabatan pelesenan MBPP di Jalan Padang Kota Lama. Untuk butiran, hubungi 04-2592020.

Sumber asal The Star

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here