Peniaga Hina Nabi Dipenjara 30 Bulan.

0
472

PADAH MENGHINA NABI

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan kepada penjaja, Chow Mun Fai atas kesalahan menghina nabi dan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim Februari lalu.

Hakim M.M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu kepada Chow Mun Fai, 43, yang sebelum ini menukar pengakuan bersalah pada 18 Jun lalu.

Hakim dalam keputusannya berkata, mahkamah tidak boleh menerima perbuatan tertuduh yang memberi pelbagai komen negatif terhadap agama orang lain.

“Tindakan tertuduh menghina kematian Muhammad Adib ketika seluruh negara meratapi dan berkabung dengan kematiannya adalah melampaui hak kebebasan bersuara yang dijamin perlembagaan. 

“Selain itu, tindakan menghina agama orang lain pula dilakukan secara berulang kali dan seperti telah dirancang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here