Pengasas D’NARS Skincare Maut Dalam Kemalangan Di Sempadan Thailand

0
863

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Berita kematian Faziani disahkan adiknya, Faizol Rohban Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian.

Kakitangan hospital sedang memberi pertolongan kecemasan.

Faizol memaklumkan, kakaknya turun dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pagi tadi bersama suaminya.

“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia,” katanya.

Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.

Arwah dilaporkan dalam perjalanan untuk menyerahkan duit zakat kepada anak-anak Tahfiz di sana.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Semoga Allah tempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here