Pembinaan Pangkalan baharu Kuala Kurau akan jimatkan duit dakyat – Yunus Jamhari

0
118

Kerajaan boleh menjimatkan wang rakyat dengan membina sebuah pangkalan baharu yang strategik untuk mengatasi masalah pencerobohan nelayan pukat kenka di Perairan Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamhari berkata, kerajaan negeri menggesa kerajaan pusat membina pangkalan baharu bagi menggantikan pangkalan sedia ada.

Pembinaan sebuah pangkalan baharu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kuala Kurau diperlukan di kawasan Pantai Ban Pecah bagi memastikan aktiviti pencerobohan nelayan pukat kenka dapat dibendung sepenuhnya.Ia juga bagimenggantikan pengakalan lama yang disewa membabitkan bangunan dan jeti bernilai RM117,000 sebulan. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM16 juta untuk membayar sewa sejak tahun 2007

Abdul Yunus juga berkata operasi di pangkalan sekarang juga tidak begitu berkesan bagi menyelesaikan masalah pencerobohan.

Ianya kerana pangkalan sedia ada terletak di kawasan sungai, memudahkan pengerakan Maritim Kuala Kurau dikesan tonto.

Dengan terbinanya pangkalan baharu, pihaknya yakin anggota Maritim akan lebih cekap dan berkesan dalam menangani sebarang pencerobohan nelayan pukat kenka yang berleluasa sehingga radius lima batu nautika.

ADUN Kuala Kurau itu bercakap di sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kerian (PNK) ke-39 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) Yu Chai Kuala Kurau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here