Pembedahan Berjaya, Adik Ainul Kini Stabil

0
4972

Terdahulu, menerusi posting yang dibuat oleh bapa bayi derita kanser mulut, Ainul Mardhiah, telah menimbulkan tanda tanya ramai mengenai keadaan terkini bayi itu.

Difahamkan adik Ainul telah menjalani pembedahan sejak malam tadi, justeru ramai yang tertunggu-tunggu mengenai status kesihatan bayi comel itu.

Alhamdulillah Ainul stabil

Terbaru, maklumat terbaru yang diterima menerusi Instagram ibunya, Nurul Erwani, memaklumkan bahawa kini Ainul berada dalam keadaan stabil.

Pembedahan berjaya…

Di dalam entri tersebut, Nurul Erwani sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua doktor yang terlibat dalam memastikan pembedahan Ainul berjaya serta semua yang telah mendoakan anaknya.

Ainul baby you are strong…

Pada masa yang sama, Dr. Amarlina, yang merupakan antara doktor yang terlibat memastikan pembedahan berjalan lancar, meluahkan rasa syukur dan kagum dengan semangat yang ada pada bayi kecil itu. – OMM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here