Pelawak Veteran Ditahan, Positif Ganja

0
1747

KUALA LUMPUR – Bekas pelawak kumpulan Senario ditahan selepas positif ganja di sebuah hotel di Jalan Mahkota, Taman Maluri kelmarin.

Pelawak berusia 41 tahun yang memegang watak utama dalam filem Aku Kaya The Movie itu ditahan bersama dua rakannya termasuk seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek diberkas selepas pihak polis menerima aduan berhubung satu pergaduhan di hotel berkenaan pada pukul 5.45 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek wanita berusia 26 tahun itu pihak polis menemui satu paket dadah jenis methamhetamin.

“Hasil ujian air kencing mendapati pelawak itu positif dadah jenis ganja manakala dua lagi suspek positif dadah amphetamine.

“Siasatan lanjut juga mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor,” katanya.

Menurutnya lagi, pelawak itu direman selama sehari sebelum dibebaskan semalam.

“Dua suspek lagi direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, pelawak itu pernah ditahan polis atas kesalahan positif dadah di sebuah pusat hiburan di Subang Jaya pada Julai 2015. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here