Peguam Negara, Tommy Thomas Letak Jawatan Serta Merta

0
1131

KUALA LUMPUR (28 Feb):Peguam Negara,  Tan Sri Tommy Thomas  telah meletakkan jawatan ketika negara bersedia untuk mendapat perdana menteri yang baharu.

Menurut laporan The Edge, Thomas menyerahkan surat peletakan jawatan beliau kepada Tun Dr Mahathir yang melantiknya ke jawatan tersebut untuk dua dua tahun yang sepatutnya berakhir pada bulan Jun.

The Edge turut memetik sumber yang tidak dinyatakan bahawa Thomas mahu meletakkan jawatan sementara Mahathir masih merupakan perdana menteri (iterim) kerana beliau yang memberikan jawatan tersebut kepadanya .

Ketika berita ini ditulis, bilangan sokongan ahli dewan rakyat untuk perdana menteri yang baharu memihak kepada Tan Sri Muhyidin Yasin . Beliau mendapat sokongan dari partinya yang kini turut disertai kumpulan Azmin, PAS, UMNO, MCA dan MIC. GPS dan Warisan dijangka akan turut memberikan sokongan kepada Muhyidin.

Sekiranya ini berlaku, Muhydin akan mendapat lebih dari 120 kerusi, melepasi majoriti mudah 112 kerusi .

Manakala Anwar mendapat 92 kerusi dari Pakatan Harapan-

Kerajaan Pakatan Harapan tumbang setelah Bersatu keluar dari gabungan tersebut.

Baru-baru ini Tommy Thomas mengarahkan prosiding terhadap 12 kes LTTE dihentikan dan menggesa Muhyidin yang ketika itu merupakan Menteri Dalam Negeri untuk mengemaskini senarai pengg@nas.

KDN kemudian mengatakan perkara itu bukan bidang kuasa jabatan peguam negara

Buletin TTKM – https://ttkm.com.my/2020/02/28/thommy-thomas-letak-jawatan-laporan/amp/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here