’Pedinding’ Tak Berjaya Kaburi Mata Penguatkuasa, Tukang Masak Menyorok Bawah Meja

0
407

Terkejut apabila premis perniagaan diserbu, seorang tukang masak tomyam bersembunyi di bawah kaunter juruwang bagi mengelakkan daripada ditangkap. Namun ‘pendinding’ yang digunakan oleh beliau tidak berjaya mengaburi mata anggota penguatkuasa.

Itu antara aksi semasa serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang pada lewat malam tadi.

Dalam serbuan yang dijalankan itu seramai 13 orang pekerja warganegara asing dan 2 pekerja warga tempatan telah diperiksa.

Hasilnya seramai 2 lelaki dan 1 wanita warga Thailand telah ditangkap kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di Malaysia.

Siasatan awal di premis kejadian mendapati modus operandi yang digunakan oleh pemilik perniagaan adalah dengan menyulam pekerja yang tidak mempunyai Pas yang sah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Siasatan lanjut ke atas pemilik perniagaan akan dijalankan untuk dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

Sementara itu di lokasi yang lain, sebanyak 14 unit rumah kediaman yang terletak di Taman Pelangi Juru telah di periksa.

Seramai 41 penghuni warganegara asing dan 3 warga tempatan yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut. Ke semua warganegara asing yang diperiksa itu memiliki dokumen perjalanan dan Pas yang sah untuk berada di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here