Paus Pilot Sirip Pendek Pula Muncul Di Terengganu

0
494

DUNGUN – Selepas kemunculan paus pembunuh diikuti kejutan harimau belang ‘jinak’ masuk kampung, sekumpulan paus pilot sirip pendek atau Short Finned Pilot Whale pula dikesan muncul buat pertama kali di perairan Terengganu kelmarin.

Episod hidupan hampir pupus memunculkan diri di depan manusia di negeri ini masih belum berakhir apabila kumpulan ikan paus pilot sirip pendek itu atau nama saintifiknya Globicephala Macrorhynchus dikesan berenang berhampiran Pulau Perhentian di perairan Besut.

Kehadiran kumpulan mamalia marin berkenaan disedari beberapa orang nelayan yang sedang memancing sebelum mereka sempat merakam kejadian itu menerusi video berdurasi 40 saat.

Ketua Cawangan Mamalia Marin Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad mengesahkan kumpulan ikan itu adalah paus pilot sirip pendek yang kini hampir pupus selepas meneliti rakaman video yang diterima dan dari keterangan yang diberikan nelayan terbabit.

Katanya, kumpulan paus pilot sirip pendek tersebut dilihat berenang kira-kira 30 kilometer dari pantai dengan kedalaman air antara 30 hingga 35 meter.

“Paus pilot sirip pendek ini tidak pernah melalui perairan negeri ini berdasarkan rekod yang terdapat di FRI Rantau Abang yang berada di bawah Jabatan Perikanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here