PAS Adalah ‘King Maker’

0
596

Oleh : Arul

Kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang anehnya dikeluarkan di bawah Kementeriannya – Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 29 Julai 2019 bahawa beliau menyokong Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk Mahathir dibenarkan menghabiskan penggal sebagai Perdana metneri meyakinkan saya bahawa PAS adalah penentu atau King Maker politik masakini

Mengapa saya berkata demikian?

1. Azmin yang semakin kehilangan pengaruhnya di kalangan PH dan sebahagian segmen PKR sebagai calon Perdana Menteri, kini dengan selesanya menggunakan PAS untuk mendapat sokongan. Kenyataannya juga dapat menunjukkan bahawa dia dapat menumpang sokongan PAS-UMNO berdasarkan agenda Perpaduan Melayu dan Ummah, yang mana PH semakin hilang sokongan.

2. Sebahagian besar ahli UMNO pula telah menolak panggilan Mahathir yang meminta pembangkang bergabung dengannya untuk menyatukan parti-parti Melayu. Keputusan UMNO terutamanya disebabkan mereka kini melihat potensi PAS sebagai talian hayat mereka dan bukannya Parti Bersatu Mahathir. UMNO melihat PAS sebagai rakan sekutu dan rakan utama mereka dalam misi merampas semula kuasa dalam PRU15. Ini dapat dilihat pada beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini apabila mereka berdua berdiri sebagai satu pasukan.

3. MCA pula melihat mereka mempunyai peranan untuk terus kekal dalam BN untuk mengimbangi pengaruh PAS.

4. MIC baru-baru ini pula mengambil kedudukan bahawa PAS bukan radikal seperti yang digambarkan. YB Saravanan pula pernah berkata di Parlimen bahawa jika DAP sebelum ini dapat bekerjasama dengan PAS tanpa amsalah, beliau tidak melihat mengapa MIC tidak boleh berbuat demikian.

5. Perhimpunan ICERD yang besar pada 8 Disember tahun lalu adalah bukti sokongan besar mobilisasi PAS; yang pada suatu masa lalu digunakan oleh BERSIH untuk berjuang untuk pilihanraya Bersih dan Adil di era BN.

Dengan semua ini, nampaknya PAS sebenarnya boleh melakar politik Malaysia kerana PH dilihat tidak mampu untuk bekerjasama secara berkesan.

Parti-parti komponen PH sibuk memerangi satu sama lain dan cuba menjaring mata daripada berfokus pada isu-isu yang dihadapi rakyat.

Adalah dikatakan jika anda mempunyai kawan seperti dalam PH, anda tidak memerlukan musuh. Ini dapat dilihat dalam drama bagaimana orang nombor satu dan dua dalam parti terbesar memerintah negara PKR bergaduh untuk mengulingkan antara satu sama lain.

S.Arutchelvan
Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here