Parit Buntar : Sempadan 3 negeri

0
24

Apa yang dikatakan Sempadan Tiga Negeri ni? Ok mari kita rungkai serba sedikit sejarah atau salasilah Parit Buntar yang disayangi ini.

Persoalan pertama pada yang nak tahu dari mana bandar Parit Buntar atau singkatannya PB dapat namanya adalah daripada nama seorang pemimpin yang terkenal pada masa dahulu iaitu Tok Buntar. Beliau dan pengikut-pengikutnya telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah padi. Parit tersebut asalnya dinamakan Parit Tok Buntar tetapi kini hanya dikenali sebagai Parit Buntar.

Selain itu, Parit Buntar (PB) terletak di utara negeri Perak dan merupakan bandar pertama atau ‘starting point’untuk masuk ke Perak jika anda dari arah utara tetapi jika anda dari arah selatan seperti Kuala Lumpur, Parit Buntar merupakan bandar terakhir ‘last check point’ di negeri Perak. Tambahan pula, Parit Buntar merupakan pusat pentadbiran Daerah Kerian. Majoriti penduduk di Parit Buntar ialah Melayu diikuti Cina dan India. Pembahagian Parit Buntar akan saya ceritakan lebih lanjut di ‘special entry’ ok. Nantikan ya.

Apa yang menariknya apabila anda sampai di Parit Buntar ini, anda boleh menjelajah lagi dua (2) buah negeri yang berhampiran dengannya iaitu Bandar Baharu (Kedah) dan Nibong Tebal (Pulau Pinang). Inilah yang dikatakan Sempadan 3 Negeri. Amacam, bestkan? Pergi 3 negeri sekaligus dalam satu masa. Bandar Baharu merupakan sempadan Kedah dan Perak kerana 2 negeri ini dihubungkan melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian. Manakala, Taman Sempadan, Nibong Tebal merupakan sempadan bagi negeri Pulau Pinang dan Perak yang dihubungkan melalui jalan darat iaitu Jalan Transkrian.

Pengangkutan awam yang ada di Parit Buntar juga sudah semakin maju dan pelbagai. Kita sebagai pengguna harus bijak merancang dan memilih mana yang sesuai. Antara pengangkutan awam yang disediakan di PB ini ialah Bas Rapid, Bas Ekrpress, Teksi, Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan yang terkini ialah Electric Train Service (ETS).

Parit Buntar juga tidak terlepas dari adanya mercu tanda seperti di tempat-tempat lain sebagai satu tarikan orang ramai. Jam Besar di pekan lama PB yang teguh berdiri sehingga sekarang merupakan lambang bandar Parit Buntar. Ia dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961 untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran semua penduduk Parit Buntar.

Akhir sekali, Parit Buntar juga mempunyai kisah silamnya yang tersendiri yang hingga kini masih dibicarakan dan masih segar di ingatan penduduk tempatan di sini. Tragedi hitam tersebut berlaku pada 13 September 1972 dimana feri karam di Sungai Kerian dan telah menyebabkan kematian seramai 27 orang yang majoritnya adalah murid-murid sekolah.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here