Orang Melayu Islam Memang Tertunggu Kerjasama PAS-UMNO

0
187

KUANTAN – Umat Melayu Islam sememangnya sedang tertunggu-tunggu langkah seterusnya daripada permuafakatan politik Pas dan UMNO.

Perwakilan Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, bagi rakyat inilah formula terbaik yang mampu menumbangkan PH dan seterusnya menaikkan kerajaan yang membela nasib agama, bangsa dan negara.

“Jangan kita sia-siakan harapan mereka. Pengalaman kami di PRK DUN Semenyih, semua pengundi Melayu tidak teragak-agak memberi sokongan secara terbuka apabila melihat Pas dan UMNO bekerja bersama kerana inilah yang mereka tunggu-tunggu,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahuan Pas ke-65 di sini hari ini.

Katanya, ahli-ahli di bawah akan segera menjalin kerjasama sekiranya menerima arahan pimpinan atas.

“Kawasan-kawasan, dewan-dewan dan cawangan diperkasakan. Ahli-ahli dan pengundi baru didaftarkan sehingga berkibar panji kegemilangan Islam,” katanya.

Sementara itu, perwakilan Johor, Ahmad Al Johari Mohd Yusof berkata, beberapa perkara penting perlu diambil kira dalam menentukan isi kandungan piagam kerjasama antara Pas dan UMNO.

“Macam mana kita nak selarikan persetujuan dalam piagam ini dengan perjuangan. Adakah semata-mata untuk capai kemenangan dalam PRU15?

“Pengalaman lepas juga perlu diambil kira, kebimbangan terhadap kelestarian perjanjian tersebut perlu dihuraikan. Adakah konsep setuju untuk tidak bersetuju akan diteruskan?” katanya.

Katanya, ketika ini rancangan untuk mewujudkan piagam muafakat antara Pas dan UMNO mendapat maklum balas positif rakyat kecuali kepimpinan PH.

“Perkataan baharu yang menghantui PH ialah piagam muafakat politik Pas dan UMNO dalam masa terdekat.
“Kelam kabut kepimpinan PH beri komen khususnya daripada parti Amanah,” katanya. SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here