Orang Biasa Pon Boleh, Yang Penting Rajin – Nabila Razali

0
69

“Saya tidak pernah memilih untuk berkawan dengan siapa pun. Tidak ada langsung niat untuk mencari jodoh daripada golongan VIP atau kenamaan”

Penyanyi Nabila Razali menafikan dakwaan kononnya dia memilih golongan kenamaan untuk menjadi pasangan hidup.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata dia tidak memikirkan soal pasangan hidup dan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Tapi setakat ini saya belum bersedia lagi untuk berkahwin kerana fokus kepada kerjaya,” ujarnya kepada mStar.

Nabila ditemui pada majlis koleksi Rindu Lebaran dan pelancaran lagu raya E1 Band di Publika pada Ahad.

Dalam pada itu, Nabila berkata, dia bersyukur keluarga memahami dan tidak memberi tekanan untuk dia mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Soalan bila nak mendirikan rumah tangga tu banyak keluar daripada keluarga saya sendiri. Syukur mereka sangat memahami dan menyokong dalam perkembangan karier.

“Banyak benda saya nak fokus taknak la tutup pintu jodoh itu tapi saya tak nak la buka luas sangat.

“Kalau ada, ada… kalau tiada tak apa, kirim air sahaja, selorohnya kepada mStar.

Nabila tidak menolak sekiranya ada individu yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat.

Selain itu, penyanyi lagu Vroom Vroom ini berkata, dia tidak menolak sekiranya ada individu yang ingin mengenali dirinya dengan lebih dekat.

“Saya tak kisah siapa-siapa janji orang itu haruslah bertanggungjawab dan rajin.

“Sebab saya sendiri dah rajin, jadi saya perlukan pasangan yang sama rajin.

“Dalam hubungan kena sama-sama pergi. Bukan sekadar seorang sahaja yang memberi. Saya pun taknak pening kepala dengan menyanyi, berlakon lepas tu fikir mengenai komitmen dalam perhubungan,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila turut mendedahkan hasratnya menceburi bidang perniagaan yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

“Buat masa ini saya hanya nak fokus pada karier dan insyallah nak buat bisnes tahun ini. Bisnes apa, biarlah rahsia tapi ia berkaitan fesyen. Kalau saya ke majlis-majlis orang suka nak tanya saya pakai apa. Jadi saya nak kongsikan bersama mereka, harap mereka sudi tunggu update dari saya.

“Bagi saya bukan masalah untuk artis nak cuba dalam bidang perniagaan. Sebelum menyanyi, kita belum ada landasan untuk orang kenal kita tapi sekarang orang sudah  kenal Nabila Razali.

“Jadi saya rasa ralat kalau tak mulakan bisnes sebab ramai orang yang buka selebriti dah mula bisnes, apatah lagi kita yang sudah mengenali. Di samping itu, kita dapat berkongsi rezeki dengan orang lain juga,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here