Mujahid Lapor Polis, Dakwa Difitnah Di Media Sosial

0
420

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini membuat laporan polis terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak serta laman Facebook yang menggunakan nama ‘MyNewsHub’ kerana didakwa memuat naik poster fitnah yang mengaitkan dirinya.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Siti Zulaikha Zulkifli di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Hantaran berkenaan adalah berkaitan dengan kes menghina Nabi Muhammad oleh seorang pemegang akaun Facebook dan menggunakan gambar dengan dakwaan kenyataan Mujahid.

Mujahid berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang dinyatakan dalam hantaran Facebook terbabit.

Beliau berkata, selain laporan polis pihaknya turut merujuk perkara berkenaan kepada peguamnya supaya tindakan mahkamah dapat diambil.

“Adalah dinasihatkan orang ramai selepas ini tidak sewenang-wenangnya menulis sesuatu perkara yang tidak benar serta menjadi rakyat yang lebih bertanggungjawab.

“Ingin ditegaskan bahawa menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian malah, beliau dengan tegas sudah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W atau agama Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Laporan polis itu dibuat ekoran penyalahgunaan gambar dan nama Mujahid dalam satu poster yang dimuat naik oleh MyNewsHub dan ADUN berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here