Mujahid lantik ADUN DAP pertama ke dalam institusi Islam

0
49

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sheikh Omar Ali telah dilantik sebagai anggota pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Aminuddin Yahaya (Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma),  berkata, pelantikan itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini.

Perlantikan ini telah menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat Islam terutamanya.

Pelantikan itu juga mendapat tentangan hebat dari PEMUDA UMNO Malaysia melalui Ketua Pemuda nya.

Asyraf Wajdi kesal dengan pelantikan itu. Asyraf Wajdi juga berkata Yadim seharusnya kekal sebagai badan dakwah ulung melangkaui parti politik yang berperanan melebarkan kefahaman Islam dan menyebarkan dakwah Islamiah dan Islahiah dalam kalangan rakyat sejak penubuhannya pada 1974.

“DAP adalah parti yang tidak pernah mahu iktiraf Islam sebagai agama negara, malah konsisten sejak penubuhannya sehingga kini mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular.

“Nampaknya satu persatu institusi Islam mula diusik dan dirobek oleh kerajaan PH yang didominasi DAP kini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut sumber Sheikh Omar akan dilantik ke jawatan itu untuk tempoh dua tahun dan watikah pelantikannya akan disampaikan oleh Mujahid di Putrajaya esok.

Pelantikan Sheikh Omar itu dipercayai yang pertama membabitkan pemimpin DAP ke dalam institusi agama berkaitan kerajaan pusat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here