Menteri Besar Paling Singkat, Menter Besar Johor Letak Jawatan.

0
465

Menteri Besar Johor sah meletakkan jawatannya seperti diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir di Putrajaya.

Beberapa isu besar menjadi punca kepada berita mengejut ini, memandangkan tempoh pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di Johor masih belum sampai satu tahun.

Sebelum ini cerita berkenaan Menteri Bersar Johor akan meletak jawatan hanya dianggap sebagai khabar angin dan juga berita palsu daripada pihak lawan.

Krisis berpanjangan antara Kerajaan Negeri Johor dan pihak Istana menjadi salah satu punca hingga memberi tekanan kepada pejabat Perdana Menteri.

Ini dapat dilihat melalui apa yang disebut oleh Tunku Ismail dalam laman twitter miliknya

“Titah utk tukar Menteri Besar dah lama. Tetapi org lain pula nak ambil kredit dan mileage, kononnya dia arahkan. Kebawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jgn lupa, kuasa memilih Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup cukuplah politicking” HRH Crown Prince of Johor

Antara punca lain perletakan jawatan Menter Besar Johor adalah berkenaan kontrovesi sijil palsu yang pernah menjadi kecoh dan menjadi bahan kecaman rakyat di seluruh negara tempoh hari.

Kegagalan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di bawah Osman Sapian dalam menguruskan bencana pencemaran sisa Toksik yang melanda Pasir Gudang baru-baru ini, itu turut mengundang rasa murka daripada Tuanku Sultan Johor.

Osman Sapian menjadi Menteri Besar yang paling singkat dalam sejarah negara dan sejarah negeri Johor itu sendiri.

Laporan portal freemalaysiatoday Tunku Ismail juga berharap menteri besar yang baru bukanlah “yes man” Putrajaya, dan menambah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sudah meneliti untuk menukar menteri besar “sejak berbulan lalu”.

“Tetapi orang lain pula nak ambil kredit dan ‘mileage’, kononnya dia arahkan,” katanya di Twitter hari ini.

Tunku Ismail mengingatkan kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak sultan. “Cukup-cukuplah ‘politicking’,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here