Melayu Merempat, Islam Tergugat Hanya Cerita Dongeng – Hasnul

0
807

IPOH: Pembangkang hanya berdasarkan persepsi dan bukan realiti sebenar ketika memperkatakan isu semasa khususnya perkara membabitkan kepentingan Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, berkata hakikat yang wajib disedari, jurang kekayaan berlaku secara lebih ketara bukan sahaja antara Melayu dengan bukan Melayu, tetapi antara Melayu yang berada dengan Melayu yang kurang berada.

“Ketakutan yang entah di mana punca dan buktinya menjadi candu pihak tertentu yang masih belum boleh menerima hakikat bahawa pilihan raya sudah tamat, tempoh lima tahun dan berbaki kira-kira empat tahun lagi mandat rakyat untuk kami berkhidmat, masih dicemburui dan cuba diganggu-gugat dengan cerita dongeng menghasut rakyat kononnya Islam tergugat dan Melayu merempat. BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here