Media Sosial Dajjal Kecil. Video Lan Itu Hanya Perkara Kecil – Che Ta

0
277

Video seorang pelawak membelasah warga emas tempoh hari menyebabkan Lan Pet Pet dihentam teruk oleh netizen.

Bagaimanapun mengulas mengenai kontroversi yang melanda adik iparnya itu, pelakon Rozita Che Wan ataupun mesra dengan panggilan Che Ta menyatakan insiden yang menimpa Lan adalah satu fitnah besar yang sengaja ditimbulkan pihak tertentu.

Che Ta menganggap media sosial ibarat dajjal kecil punca fitnah berleluasa.

Sebenarnya insiden itu bukan perkara besar. Cuma sebab video itu menjadi viral. Lan pun elok sahaja buat persembahan dekat Johor sekarang. Instagram, Facebook seperti itu sebenarnya dajjal kecil.

Perkara seperti ini kalau kita tidak tahu hujung pangkal kedua-dua belah pihak, ia akan jatuh fitnah.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pelawak terkenal bertindak membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas. Pengawal itu ditumbuk tiga kali dibahagian muka dan ditendang dibahagian pinggang. Disebabkan itu netizen mula ‘menyerang’ Lan sehingga pakej umrah bersama pelawak itu juga tiada sambutan dan terpaksa dibatalkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here