Masjid Negeri Perak Wujudkan ‘Kidzone’, Didik Anak Kecil Cinta Masjid

0
337

Pada musim Ramadhan ini pastinya anak-anak kecil akan ikut ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat Tarawih.  Tetapi ada segelintir masyarakat yang tidak suka kehadiran kanak-kanak di masjid kerana akan menganggu jemaah lain untuk menunaikan solat.

Sudah menjadi fitrah kanak-kanak suka bermain dan berguarau senda. Sebagai orang dewasa, janganlah bersikap kanak-kanak pula bila menegur, guna kelembutan anda untuk menegur salah mereka.

Apa salahnya kalau kita sebagai ibu bapa mengajar anak dari kecil ke surau atau masjid. Tindakan pihak Masjid Negeri Perak ini sangat kreatif dan belum pernah dilakukan lagi oleh mana-mana masjid di Malaysia ini.

Masjid Negeri Perak ini menyediakan satu ruang untuk kanak-kanak bermain. Barulah tenang dan khusyuk ibu bapa tunaikan solat jemaah. Dengan cara ini, tidaklah kanak-kanak menganggu jemaah lain.

Program ini baru sahaja bermula pada malam pertama Tarawih. Ruang yang dipenuhi mainan yang disumbangkan oleh orang ramai. Untuk pengetahuan pembaca, 90% daripada mainan ini adalah sumbangan daripada orang ramai.

Menurut Penyelaras Kidszone Masjid ini, ada juga kanak-kanak yang tidak lepas untuk ikut ibu bapa mereka menunaikan solat suna Terawih kerana mahu bermain dan secara tidak langsung, kanak-kanak ini akan mendengar bacaan imam. Itu sudah dikira sebagai tarbiah.

Lihat saja pada gambar-gambar dibawah, kanak-kanak yang kunjungi Masjid Negeri ini kelihatan seronok.

Ada juga telatah anak-anak yang memujuk ibu bapa mereka untuk datang solat berjemaah di sini. Program Kidszone ini akan dibuka sepanjang Ramadan. Diharapkan lebih banyak lagi masjid-masjid di seluruh Malaysia untuk ikut cara Masjid Negeri Perak ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here