Mahathir Tolak Untuk Terus Penuhi Janji Manifesto PH – Lim Guan Eng

0
758
PENANG 14/05/18: Incoming Minister of Finance Lim Guan Eng react as he speaks to the press during press conference at Khazanah Office. PICTURE BY SAYUTI ZAINUDIN

PH adalah ada satu pakatan pentadbiran yang terdiri daripada PKR, Amanah, DAP, dan Bersatu yang telah memenangi mandat rakyat di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 berasaskan Manifesto PRU PH.

Keempat-empat parti ini mungkin mempunyai ideologi dan aspirasi yang berbeza, tetapi kami telah mencari satu titik persamaan dan terikat dengan Manifesto PRU yang telah dipersetujui bersama.

Sejak 21 bulan yang lepas, kerajaan PH telah bekerja keras untuk memenuhi janji-janji manifesto secara berperingkat. Antaranya termasuklah penurunan kadar tol untuk Lebuhraya Utara Selatan sebanyak 18% bagi kenderaan persendirian dengan jaminan tidak ada sebarang kenaikan kadar tol sehingga tamat tempoh konsesi, dan projek MySalam yang menawarkan bantuan kewangan bernilai di antara RM4,000 sehingga RM8,000 untuk mereka yang menghidapi salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Malah, kerajaan PH juga memansuhkan GST yang digantikan dengan SST dan membayar semula pemulangan kutipan GST yang berjumlah RM19.4 bilion, dan mengekalkan kedudukan kredit antarabangsa negara walaupun kerajaan terpaksa membayar berpuluh bilion ringgit kerana skandal 1MDB, Tabung Haji dan pelbagai skandal-skandal lain lagi.

Di samping itu, kerajaan PH turut menyambung semula projek-projek infrastruktur utama selepas mencapai penjimatan lebih daripada RM50 bilion melalui rundingan semula dan rasionalisasi projek kerajaan terdahulu, serta mempercepatkan proses digitalisasi melalui penggalakan penggunaan e-dompet, mencipta 350,000 peluang pekerjaan untuk mereka yang menganggur melalui projek MalaysiaKerja yang bernilai RM6.5 bilion, dan pelbagai inisiatif lain lagi.

Manifesto PRU PH inilah yang menjadi panduan untuk menyatukan kami dan mentadbir negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri PH Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam perbincangan saya dengan Tun Dr Mahathir pada 25 Februari 2020 di Pejabat Perdana Menteri, beliau telah menolak untuk kekal sebagai Perdana Menteri PH dan menolak untuk terus memenuhi janji-janji Manifesto PRU PH.

Sumber Roket Kini : https://www.roketkini.com/2020/02/27/dr-mahathir-tolak-penuhi-janji-manifesto-ph-guan-eng/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here