Lewat umum HIBAH TH, Mujahid diserang netizen

0
1162

Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah Institusi Kewangan Islam di Malaysia, sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1963. TH ditadbir berdasarkan kepada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dan perintis dalam institusi kewangan Islam bagi memudahkan umat Islam menyimpan untuk tujuan mengerjakan Haji.

Setiap tahun penyimpan duit di TH akan dibayar Hibah (dividen). Hibah ini akan diumum pada suku pertama tahun iaitu Januari – Mac.

Namun sehingga hari ini, kadar hibah masih belum diumum Menteri Agama, Dr.Mujahid. Lebih membuatkan netizen berang apabila satu status yang pernah dimuat naik Mujahid pada tahun 2016 yang mengkritik TH yang masih belum umum kadar hibah ketika itu.

Lantaran itu, netizen beramai-ramai meluahkan rasa tak puas hati terhadap Mujahid.

Diharap kekanda Mujahid tak ambil hati dengan kata-kata netizen. Maklumlah, menteri sekarang cepat ‘koyak’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here