Lemas, Sungai Kerian ‘Ragut’ Nyawa Lagi

0
705

Seorang lelaki dipercayai lemas selepas terjun dari atas jambatan Sungai Kerian, di Parit Buntar, hari ini.

Lelaki itu dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Kerian.

Kejadian 9.15 pagi itu menyaksikan seorang lelaki terjun ke sungai terbabit.
Kejadian itu turut disedari orang ramai yang berada di kawasan berhampiran. Namun tiada siapa yang mampu memberi pertolongan.

Video mangsa terkapai-kapai di permukaan air turut sempat dirakam orang awam sebelum lelaki tersebut tenggelam dan dikhuatiri lemas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Ahmad Rosyed Isa berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian 9.30 pagi tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya bomba di lokasi kejadian pihak bomba dimaklumkan terdapat seorang mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang giat dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here