Lebihan Bayaran Akan Dipulangkan – TNB

0
471

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memulangkan semula lebihan bayaran jika aduan disiasat membuktikan berlaku lebihan caj.

Susulan itu, TNB kini fokus untuk memastikan setiap aduan yang diterima daripada pengguna berhubung kenaikan caj elektrik disiasat dan tindakan sewajarnya diambil.

Katanya, lebihan bayaran itu akan dikreditkan semula dalam bil pelanggan selepas ini.

“TNB juga akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi menangani isu ini. Berikutan itu, kami memohon maaf kepada pelanggan yang terbabit atas kesulitan yang timbul,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

TNB turut menyatakan komitmen tinggi dan memandang serius kekhuatiran serta kegusaran pelanggan yang mendakwa berlaku peningkatan ketara dalam bil masing-masing dan berusaha merungkai masalah berkenaan.

“Satu usaha menyeluruh sedang dilaksanakan TNB untuk menangani isu ini dengan terperinci termasuk membantu pelanggan yang menerima bil tinggi secara bersemuka di Kedai Tenaga yang berhampiran atau menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454.

“TNB menghargai rungutan, aduan dan maklum balas yang mereka ajukan dan sedang memberikan tumpuan untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya. BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here