Kuala Kurau: Bau Busuk Terungkai, Mayat Lelaki Atas Bumbung Rumah

0
3222

Bau busuk yang dihidu penduduk di Jalan Pantai Kuala Kurau, di Parit Buntar sejak beberapa hari lalu terjawab dengan penemuan satu mayat di atas bumbung rumah, hari ini.

Mayat lelaki dipercayai penduduk setempat dan berusia lingkungan 60-an itu ditemui 10.30 pagi tadi.

Mayat yang sudah membusuk dan tertiarap diatas bumbung rumah itu disedari penduduk setempat selepas menemui satu tangan mangsa terjuntai dari celah-celah bumbung.

Identiti mangsa belum dikenalpasti dan kini sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau sedang menjalankan operasi membawa turun mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Sanusi Salleh dihubungi mengesahkan kejadian.

Mengikut sumber, mangsa lelaki berbangsa cina berumur 62 tahun memanjat bumbung rumah beliau untuk membaiki bumbung yang bocor.

Mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here