Kuala Kurau Bakal Diadakan Pilihanraya Kecil Tak Lama Lagi?

0
5128

ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamshari yang juga EXCO Kerajaan Negeri Perak hari ini mendapat tamparan hebat apabila bekas pegawai khasnya membuat laporan polis.

Laporan polis berkenaan membocorkan kertas minit mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Maklumat itu dikatakan dibocorkan untuk memulakan rundingan meminta komisyen bagi menyokong permohonan berkenaan tanah pertanian seluas 90 ekar daripada 2 syarikat.

Berikut adalah kenyataan media dari bekas pegawai khasnya.

Saya BEH YONG KEAN, sebagai AJK Cabang PKR PARIT BUNTAR, merangkap Ahli Majlis Daerah Kerian dan bekas Pegawai Khas ADUN KUALA KURAU.


Hari ini saya buat laporan polis terhadap Exco Kerajaan Negeri Perak mengenai membocorkan kertas minit Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang mana menyalahi dan melanggar Akta Rahsia yang merupakan tindakan jenayah.


Tujuan membocorkan kertas minit Mesyuarat MMK adalah untuk memulakan rundingan, meminta komisyen untuk menyokong permohonan berkenaan tanah pertanian lebih kurang 90 ekar daripada 2 syarikat.


Bukti-bukti akan diserahkan kepada pihak Polis. Saksi pun ada.

Sebagai wakil rakyat dan Exco, tidak seharusnya membocorkan rahsia kerajaan dan menggunakan kedudukan untuk meminta rasuah.


Akhirnya saya harapkan pihak Polis menyiasat secara adil tanpa melihat kedudukan dalam kerajaan.


BEH YONG KEAN

Pastinya pihak polis akan segera menyiasat samada dakwaan ini benar atau tidak.

Seandainya benar, Abdul Yunus Jamshari mungkin akan didakwa 2 pertuduhan dibawah :

Akta Rahsia Rasmi 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara 1 tahun sehingga 7 tahun penjara.

Akta SPRM 2009 (akta 694)
Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam (Seksyen 23 akta SPRM 2009) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda.

Andai dijatuhi hukuman, pastinya kelayakan sebagai seorang ADUN juga EXCO akan terlucut. Kuala Kurau akan diadakan Pilihanraya Kecil.

Apapun siasatan akan diserahkan sebulatnya kepada pihak polis untuk menyiasat.

** Menteri Besar Perak semestinya dalam keadaan kusut memikirkan EXCO-EXCO nya yang terpalit dengan pelbagai ‘salah laku’ yang dilaporkan. Sebelum ini ADUN Tronoh dari DAP yang juga EXCO Kerajaan Negeri Perak dilaporkan telah merogol pembantu rumahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here