Ketua Pemuda UMNO Parit Buntar ‘tolak’ pusat judi

0
16
Mua’amar Ghadafi Jamal selaku ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar melancarkan petisyen bantahan kewujudan pusat judi yang menjadi-jadi bak kata pepatah orang tua “Bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan”. 
Beliau menyasarkan seluruh penduduk Parit Buntar dari semua golongan iaitu remaja, dewasa dan orang tua untuk mendatangani petisyen tersebut.
 

Kini, lebih 2000 tandatangan dapat dikumpulkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Setelah petisyen mencapai sasaran yang ditetapkan, ia akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Kerian (MDK), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk pertimbangan dan tindakan susulan.
 
Mua’amar Ghadafi yang ditemui selepas mesyuarat UMNO cawangan Kampung Masjid Batu menambah, usul ini akan dibawa dan dikemukan sehingga mesyuarat agung UMNO peringkat pemuda cawangan yang akan berakhir akhir Ramadhan nanti.
Beliau juga berharap agar penduduk Parit Buntar dapat menguar-uarkan dan bersama-sama dalam menjayakan isu ini bagi membasmi kewujudan pusat-pusat judi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here