“Kenapa Saya Perlu Bersedih”

0
2307

Ada yang hantar mesej peribadi mendoakan saya. Saya ucapkan terima kasih atas ingatan.

Dinamika politik di dunia yang serba tidak ketentuan adalah hakikat yang perlu diurus bukan disalahkan. 

Kami dari PH terlantik atas mandat rakyat. Sepanjang dua tahun tiada henti fitnah dan pembohongan bernuansa kaum dan agama sempit dimainkan.

Anggota post-cab mengenali saya melalui sikap dan keputusan pentadbiran yang dibuat. Tiada kompromi pada budaya ketaksuban dan kejumudan dalam pimpinan saya termasuk kipas-mengipas.

Saya hanya menuntut dasar Rahmatan Lil Alamin (RLA) difahami sebagai ikatan anda dengan kepimpinan saya. Ada yang terkilan dengan keputusan saya tetapi ia bukan kerana peribadi. Saya tak pernah ambil hati terhadap sesiapa atau niat menyakitkan hati sesiapa.

Hanya saya terkilan, dasar RLA belum masak sepenuhnya untuk dimenfaati oleh rakyat Malaysia. Saya hanya berkecil hati jika sesuatu yang baik tak dapat saya penuhi.

Dari sudut politik, ia belum berakhir kerana kegagalan kudeta hari Ahad sepatutnya membawa perompak mandat rakyat hari Isnin kelmarin sebagai kerajaan kononnya. 

Alhamdulilah kami terus akan menyelamatkan dan mempertahankan mandat rakyat. Saya ingin ingatkan alam ketidaktentuan boleh jadi macam-macam tetapi kami sedang menguruskannya.

Orang bertanya saya: tak sedih ka? Saya jawab kenapa perlu bersedih di hadapan perompak mandat rakyat, saya perlu beri jaminan dengan tenang kepada rakyat: “Kami bersama mandat rakyat dan rakyat perlu tolak golongan pintu belakang!”

Teringat sifu politik saya memetik kata-kata semangat dari seseorang: “Jangan salahkan musuh kerana menjatuhkan kamu kerana itu kerja mereka, salahkan diri sendiri kenapa anda tidak bangun dan bangkit!”

Pentadbiran Islam perlu terus kekal dinamik dan progresif kerana itu adalah tuntutan syariat kita. Saya hanya membekalkan alat pentadbiran semata-mata. Terima kasih sekali lagi kerana bersama menjayakan. Pencapaian tidak boleh dipadam walaupun ada yang tidak menyukainya.

Saya menulis pada anggota post-cab hanya kerana arahan Yang di-Pertuan Agong melalui ketua setiausaha negara bahawa jawatan menteri dan timbalan sudah dibatalkan dalam masa interim ini, bukan kerana sedih jauh sekali merayu. Saya hanya merayu kepada Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Saya yang telah menjalankan tugas.

Berita Penuh : https://m.malaysiakini.com/news/512138?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here