Kenali 3 Menteri Penuh Dari PAS

0
92

Tepat jam 5 petang, 9 Mac 2020 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai barisan yang menganggotai kabinet Perdana Menteri ke-8 itu.

Paling mengujakan pastinya lapan orang Ahli Parlimen yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dilantik sebagai Menteri Penuh dalam senarai barisan Jemaah Menteri pada kali ini.

Mari kita kenali tiga orang Menteri PAS yang dilantik dalam barisan Jemaah Menteri kali ini.


Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai MENTERI ALAM SEKITAR

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang, itu mula bergiat aktif dalam politik apabila bertanding Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka. Pada waktu ini beliau merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian dan juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Setiausaha Agung PAS, YB Dato’ Takiyuddin Hassan dilantik sebagai MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN & UNDANG-UNDANG)

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan
Dato’ Takiyuddin berusia 58 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya itu mula membabitkan diri dalam politik selepas menyertai PAS sekitar tahun 1989.

Bekas majistret itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong sejak 1999, kemudiannya sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu pada 2013 (sehingga kini) selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilantik sebagai MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMIDITI

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Dr Mohd Khairuddin dilahirkan di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 1973. Beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM dengan tesis bertajuk: “Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur’an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur’an ke Dalam Bahasa Melayu.

Sebelum itu, beliau menamatkan pengajian di dalam bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan pada tahun 1996.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang mengetuai Lajnah Ekonomi dalam mentadbir parti dan pernah muncul di kaca televisyen dan radio seperti RTM dan Radio IKIMfm.

Selamat Bertugas dan Menjalankan Amanah kepada semua pemimpin

Barisan Jemaah Menteri kali ini turut dianggotai 5 orang Timbalan Menteri iaitu

YB Haji Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia),

YB Ahmad Amzad Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi),

YB Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi (Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan),

YB Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri JPM Agama) dan

YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga)

Selamat berkhidmat semua barisan Jemaah Menteri daripada PAS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here